Dolar keluaran kerajaan Jepun di Malaya, di Borneo Utara, di Sarawak dan di Brunei

Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun ialah bentuk mata wang yang diedarkan oleh Empayar Jepun semasa pendudukan Jepun di Singapura, Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei antara 1942 hingga 1945. Ia merupakan salah satu daripada banyak bentuk wang serangan Jepun yang dikeluarkan di seluruh Empayar Jepun yang baru diperluas. Mata-mata wang yang serupa juga dikeluarkan di Burma (sebagai rupee Jepun), Hindia Timur Belanda (sebagai guilder Jepun) dan Filipina (sebagai peso Jepun). Dolar Jepun di Tanah Melayu juga dirujuk secara tak formal (serta dengan nada menghina) sebagai "duit pisang", dengan nama sindiran itu berasal daripada motif pokok pisang pada nota bank 10 dolarnya. Dolar Jepun itu digunakan secara meluas selepas dolar Selat dan dolar Malaya yang digunakan dahulu semakin jarang ditemui.